Nazmi Faiz Menandatangani Kontrak Bersama Beira-Mar

Nazmi Beira-Mar

Harapan rakyat Malaysia untuk melihat seorang pemain bolasepak kebangsaan beraksi di pentas Eropah terserlah pada hari ini setelah pemain berbakat berumur 17 tahun, Nazmi Faiz Mansor, disahkan telah menandatangani kontrak bersama kelab Divisyen Satu di Liga Portugal, SC Beira-Mar. Dilaporkan bahawa kontrak yang ditandatangani adalah untuk tiga tahun, selepas Nazmi Faiz mempamerkan aksi cemerlang ketika ujian percubaan pada minggu lepas.

Dengan ini, Nazmi Faiz tidak akan lagi beraksi bersama Harimau Muda A, yang sedang memburu gelaran di Liga Singapura.

Last Updated on Jun 28, 2013 by


Posted

in

by

Tags:

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *